Friday, August 10, 2018

Kes kedua selesema burung kampung Loputung Tuaran

KES SELESEMA BURUNG KEDUA SELEPAS KAULUAN DIKESAN


TUARAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah mengesahkan ujian rapid di kampung Loputung positif selesema burung (Avian Influenza) – kes kedua selepas Kampung Kauluan.

Namun, Pengarah Operasi Pengurusan Wabak Tuaran JPV Dr. Vitalis Piusai berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) daripada sample yang diambil.



“Ini adalah kawasan terbaharu kita mengesan wabak selesema burung sejak 8 Ogos yang mana berada dalam tiga hingga lima kilometer (km) radius daripada kes pertama dikesan.

“Tetapi, kami masih menunggu ujian PCR yang lebih terperinci untuk mengetahui kesahihan ujian dan virus apa yang menyerang sebenarnya dalam masa dua hingga tiga hari lagi,” katanya ketika dihubungi Sabah News Today hari ini.

Vitalis berkata, JPV akan terus menjalankan operasi pelupusan unggas di kawasan satu km radius daripada pengesanan awal kes kedua wabak berkenaan.

“Walaupun hanya ujian rapid yang mengesahkan positif wabak selesema burung di kampung Loputung, operasi pelupusan unggas akan dijalankan malam ini juga.

“Di kampung itu, tidak terdapat sebarang ladang ternakan ayam komersial dan operasi pelupusan unggas hanya melibatkan ternakan kampung.

“Operasi ini kita jangkakan selesai dalam masa dua hari lagi dari sekarang,” jelasnya. Sumber- Sabah News Today

Thursday, August 9, 2018

Hentikan Mencari Kesalahan,Fokus Pada Rakyat

*HENTIKAN MENCARI KESALAHAN, FOKUS PADA RAKYAT*

Saya tertarik untuk tampil memberi komen terhadap isu yang masih tidak reda sampai sekarang.
Nampaknya kematangan politik belum cukup dapat dilihat di bumi Sabah ini yang nampaknya masih lagi berlumba lumba menjadi dia lah paling hero, dia lah paling campen.

This is not the time. Siapa yang sudah menang kini buktikan kepada rakyat apa yang sudah dinjanjikan dalam manisfesto masing-masing. Tidak payah tunjuk-tunjuk hidung dialah paling hebat, lepas tu cari salah si anu dan si ini dia la sebab kita kalah.

Totally no! Please..Rakyat kini tahu menilai siapa betul dan siapa salah. Inda payah lah kamu bagi tau rakyat akan menilai sendiri. Dan sekarang apa yang perlu dibuat ialah teruskan dengan agenda pembangunan rakyat.

Baru-baru ini berkeluaran lagi tiba-tiba di newspaper
mengungkit ungkit. Kalau si anu tidak lompat, kita pasti masih berkuasa. Lepas tu ungkit cerita dulu. Kalau bukan kami yang sokong kamu masa PRU manada kamu menang. Odoi kawan.. Dulu kamurang sama-sama juga tu setuju mau tukar suka sama suka tu kerusi..

Pasal sukung-sukung tu saya rasa semua tempat kamu saling sukung-sukung juga. Lepas tu yang satu mau lawan-lawan juga. Astaga cukup-cukuplah kawan. Hujung-hujung di Bumi Sabah juga kita ini. Kasian owh rakyat. Bukan masalah kamurang yang derang mau dengar. Masing-masing ada menang juga kan. Tunaikan apa yang sudah kamu janji dalam manifesto kamu masing-masing.

Ini ari 3 bulan sudah limpas tu mengundi. Belajar lah menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Kalau sudah tertulis begitu macam mana lagi mau padam. Ada yang sedih tapi ada juga yang gembira begitu tu keputusan. Begitu labah dunia. Orang bilang macam roda. Kadang-kadang dibawah, kadang-kadang di atas. Tapi biar di atas atau dibawah, janji dalam manifesto tu perlu jadi keutamaan.

Kamu cakap kamu paling baik, ingat semua orang mau percaya? Memang ramai yang dengar, tapi jangan lupa ada juga yang keras kepala. Jadi jangan banyak cakap, lebihkan tindakan. Baru orang nampak apa kamu buat. Dari sana baru rakyat yakin. Kalau memang kamu bagi apa yang kamu janji, lagi-lagi suatu yang besar untuk manfaat rakyat di kawasan masing-masing, inda payah lah kamu kempen PRU15, tetap menang punya.

Jadi ingat ini baik-baik, PRU14 adalah hasil gelombang padu rakyat seluruh negara. Jadi kamu buat kerja lah bagus-bagus. Kami rakyat menilai. Cuba belajar menerima apa yang sudah terjadi. Jangan lah kasi salah itu ini. Kurangkan cakap-cakap. Jadilah lebih matang.

Leo S. Hardy
Mohon fokus pada kami rakyat marhaen
9/8/2018

Monday, August 6, 2018

Pekan Kiulu Tuan Rumah Sambutan Hari Asal Sedunia 8&9 ogos 2018

Orang ramai dijemput meriahkan Hari Orang Asal Sedunia 8 – 9 Ogos

Kota Kinabalu : Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Pekan Kiulu pada 8 hingga 9 Ogos ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata objektif sambutan berkenaan adalah untuk memperlihatkan keunikan budaya, kehidupan dan pengetahuan tradisi.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang hak asasi Orang Asal sesuai dengan deklarasi United Nation Declaration Rights of Indigenous People (UNDRIP).



“Penting bagi Orang Asal dan pemimpin-pemimpin komuniti mengetahui tentang deklarasi ini supaya boleh dijadikan panduan asas bagi menangani isu hak asasi serta membantu mereka mengatasi diskriminasi yang berlaku,” katanya ketika Sidang Media Sempena Sambuan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah di pejabatnya, pagi tadi.

Program anjuran Pertubuhan Pasok Momogun KadazanDusun Murut Bersatu (UPKO) dengan kerjasama Kerajaan Negeri itu juga melibatkan Jabatan Muzium Sabah, Jabatan Arkib Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Majlis Gabungan Persatuan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS).

Antara acara yang akan diadakan selama dua hari tersebut adalah ceramah mengenai Harta Intelek Orang Asal, ceramah hak-hak orang Asal, Pertandingan Bosou dan cabutan tiket bertuah./Penerangan

Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi kuat menggegarkan Lombok di Indonesia hari ini, lapor Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), seminggu selepas kejadian itu meragut 17 nyawa di pulau peranginan itu.
Gempa bumi terbaru itu berukuran 7.0 dan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Pegawai mengeluarkan amaran tsunami dan menggesa orang ramai menjauhi pantai.
“Pergi ke tempat tinggi tetapi terus bertenang dan jangan panik,” kata ketua agensi kaji cuaca, suhu dan geofizik,
Dwikorita Karnawati, kepada stesen televisyen tempatan. – AFP
https://www.facebook.com/sayadarikiulu/