Monday, August 6, 2018

Pekan Kiulu Tuan Rumah Sambutan Hari Asal Sedunia 8&9 ogos 2018

Orang ramai dijemput meriahkan Hari Orang Asal Sedunia 8 – 9 Ogos

Kota Kinabalu : Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Pekan Kiulu pada 8 hingga 9 Ogos ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata objektif sambutan berkenaan adalah untuk memperlihatkan keunikan budaya, kehidupan dan pengetahuan tradisi.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang hak asasi Orang Asal sesuai dengan deklarasi United Nation Declaration Rights of Indigenous People (UNDRIP).



“Penting bagi Orang Asal dan pemimpin-pemimpin komuniti mengetahui tentang deklarasi ini supaya boleh dijadikan panduan asas bagi menangani isu hak asasi serta membantu mereka mengatasi diskriminasi yang berlaku,” katanya ketika Sidang Media Sempena Sambuan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah di pejabatnya, pagi tadi.

Program anjuran Pertubuhan Pasok Momogun KadazanDusun Murut Bersatu (UPKO) dengan kerjasama Kerajaan Negeri itu juga melibatkan Jabatan Muzium Sabah, Jabatan Arkib Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Majlis Gabungan Persatuan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS).

Antara acara yang akan diadakan selama dua hari tersebut adalah ceramah mengenai Harta Intelek Orang Asal, ceramah hak-hak orang Asal, Pertandingan Bosou dan cabutan tiket bertuah./Penerangan

No comments:

Post a Comment